Dagangan Forex dan derivatif melibatkan risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan kerugian pada modal yang anda laburkan...

Pelajaran 5

Apakah itu Komoditi?

3/06/26
5 min

Perkara utama:

Pengenalan

Komoditi ialah bahan mentah penting dalam kehidupan seharian, termasuk sumber tenaga, barangan pertanian, dan logam. Komoditi menawarkan pelbagai peluang dagangan, sama ada secara langsung melalui pasaran spot atau secara tidak langsung melalui CFD seperti niaga hadapan.

Dalam pelajaran ini, anda akan belajar tentang komoditi, faktor yang mempengaruhi pergerakan harganya, serta cara memulakan dagangan CFD komoditi secara langkah demi langkah.

Apakah itu Komoditi?

Komoditi merujuk kepada barangan fizikal yang didagangkan di pasaran global. Ia terbahagi kepada tiga kategori utama:

  • Pertanian: Gandum, jagung, kopi, gula
  • Logam: Emas, Perak, Platinum
  • Tenaga: Minyak, gas asli

Perbezaan Komoditi Spot dan Niaga Hadapan

Komoditi spot: Dagangan secara masa nyata berdasarkan harga spot semasa. Apabila anda berdagang spot, anda membuat spekulasi terhadap potensi nilai komoditi tersebut. Tiada tarikh luput tetap, dan harga mencerminkan dinamik bekalan dan permintaan semasa.

Komoditi niaga hadapan: Perjanjian untuk membeli atau menjual komoditi pada harga tetap pada tarikh yang ditentukan pada masa hadapan. Kontrak ini diseragamkan dan didagangkan berdasarkan pergerakan harga masa hadapan. Fahami konsep margin, rollover, serta cara kontrak niaga hadapan tamat tempoh.

Apabila berdagang komoditi melalui CFD, anda tidak membeli aset fizikal. Sebaliknya, anda berdagang berdasarkan pergerakan harga, yang membolehkan anda meraih keuntungan apabila harga naik atau turun.

Dengan CFD, anda boleh mengakses pasaran komoditi spot dan niaga hadapan:

  • Beli (posisi long) sekiranya anda menjangkakan harga akan naik
  • Jual (posisi short) sekiranya anda menjangkakan harga akan turun

Hal ini menjadikan CFD Komoditi lebih mudah diakses bagi pemula yang ingin berdagang tanpa modal besar, serta pedagang lain yang ingin mempelbagaikan portfolio mereka.

Panduan berdagang Komoditi

1. Pilih komoditi: Senarai komoditi boleh ditemui di bawah kategori Pasaran utama dalam platform dagangan pilihan anda. Anda biasanya akan melihat Logam Berharga dan Tenaga sebagai kelas aset tersendiri. Setiap komoditi mempunyai ciri unik serta faktor yang mempengaruhi harganya

2. Pilih arah: Sama ada pasaran dalam trend menaik atau menurun, gunakan strategi yang sepadan dengan matlamat dagangan anda

3. Tetapkan saiz dagangan dalam lot atau bilangan unit instrumen: Sama seperti instrumen lain, komoditi boleh didagangkan dalam jumlah yang lebih kecil melalui CFD

4. Kira margin yang diperlukan: Margin merupakan jumlah wang yang diasingkan oleh broker daripada akaun anda apabila membuka dagangan

5. Kira keuntungan:

Gunakan formula: (harga penutupan – harga pembukaan) × lot × saiz kontrak, jika anda bercadang untuk membeli.

Gunakan formula: (harga pembukaan – harga penutupan) × lot × saiz kontrak, jika anda bercadang untuk menjual.

6. Tetapkan paras henti rugi dan ambil untung: Henti rugi (stop loss) digunakan untuk melindungi anda daripada pergerakan harga yang tidak dijangka, manakala ambil untung (take profit) membolehkan anda mengunci keuntungan pada paras harga yang ditetapkan

7. Buka dagangan: Setelah semua pengiraan dibuat dan paras risiko ditetapkan, buka dagangan berdasarkan pandangan pasaran anda

8. Pantau paras margin: Langkah ini membolehkan anda menilai tahap margin akaun melalui peratusan yang boleh diukur. Semakin tinggi peratusannya, semakin besar ruang untuk anda terus berdagang

9. Laraskan atau tutup dagangan sekiranya perlu

Apakah faktor yang mempengaruhi harga Komoditi?

Harga komoditi biasanya lebih sensitif terhadap peristiwa global berbanding aset lain. Memahami faktor utama berikut dapat membantu anda menjangka potensi turun naik pasaran:

Bekalan dan permintaan

Harga komoditi spot ditentukan oleh permintaan dan bekalan semasa, manakala harga niaga hadapan mencerminkan jangkaan pedagang. Jika permintaan minyak meningkat tetapi bekalan kekal terhad, harga biasanya naik, namun bekalan berlebihan boleh menurunkan harga.

Peristiwa geopolitik

Konflik, sekatan, dan larangan perdagangan boleh mengganggu rantaian bekalan serta memberi kesan segera kepada harga spot. Isu bekalan jangka panjang, kekangan storan, atau ramalan pengeluaran pula boleh mempengaruhi harga niaga hadapan.

Corak cuaca dan musim

Cuaca buruk boleh menurunkan pengeluaran hasil pertanian dan menjejaskan harga tanaman seperti gandum atau kopi.

Keadaan ekonomi

Inflasi, kadar faedah, dan permintaan industri (terutamanya untuk logam seperti emas atau tembaga).

Sentimen pasaran

Pelabur biasanya beralih kepada emas ketika pasaran tidak menentu, sekali gus mendorong kenaikan harga.

Tip pengurusan risiko

  • Gunakan pesanan henti rugi dan ambil untung: Sesuai untuk dagangan spot, dan terutamanya dagangan niaga hadapan, di mana harga boleh berubah dengan ketara dari semasa ke semasa
  • Pantau margin dengan teliti: Dagangan niaga hadapan biasanya memerlukan margin lebih tinggi dan boleh berisiko untuk menerima panggilan margin
  • Elakkan penggunaan leveraj berlebihan: Terutamanya dalam dagangan niaga hadapan, kerana ia boleh meningkatkan risiko dengan ketara
  • Berhati-hati apabila memasuki kontrak hampir dengan tarikh tamat: Pergerakan harga niaga hadapan berubah apabila tarikh tamat semakin hampir

Ciri-ciri utama dagangan Komoditi

Pasaran komoditi berfungsi berbeza berbanding pasaran Forex atau Saham. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

Pemelbagaian

Komoditi boleh membantu mengimbangi risiko dalam portfolio anda. Contohnya, Emas biasanya meningkat apabila pasaran saham menurun.

Ketaktentuan

Harga komoditi boleh berubah dengan ketara akibat perubahan cuaca, ketegangan geopolitik, atau gangguan bekalan.

Cabaran peramalan

Faktor luaran yang tidak menentu menyukarkan ramalan pergerakan harga jangka panjang.

Kebergantungan global

Peristiwa global seperti konflik perdagangan, sekatan, atau bencana alam boleh memberi kesan besar kepada pasaran komoditi.

Kesimpulan

Dagangan komoditi melalui CFD menawarkan cara yang mudah untuk menerokai pasaran global tanpa memiliki barangan fizikal. Dengan memahami perbezaan utama antara dagangan komoditi spot dan niaga hadapan, mengenal pasti faktor yang mempengaruhi harga komoditi, menggunakan alat pengurusan risiko, serta bermula dengan aset yang lebih mudah dan cair, anda boleh berdagang dengan lebih yakin.

Dalam pelajaran seterusnya, anda akan memperdalam pengetahuan mengenai kelas aset untuk membantu anda mengamalkan pendekatan dagangan yang lebih pelbagai.

Dagang Lebih Pantas
Rakan Rasmi Pasukan F1 Visa Cash App Racing Bulls
xm-logo-white

XMTrading ialah broker dalam talian terkemuka, menawarkan dagangan Forex dan Derivatif kepada lebih 1 juta pengguna di seluruh dunia.

instagramInstagramtwitterX (dahulu dikenali sebagai Twitter)youtubeYouTube

Aplikasi XMTD TraderPro