Dagangan Forex dan derivatif melibatkan risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan kerugian pada modal yang anda laburkan...

Memperkasa kejayaan kewangan bersama rakan niaga dipercayai

Di mana inovasi bertemu integriti.

Pertumbuhan kewangan tidak bergantung kepada peluang semata-mata, tetapi kepada pemilihan rakan niaga yang tepat. Dipacu oleh teknologi canggih serta komitmen terhadap ketelusan, kami memperkasakan pedagang untuk menavigasi pasaran global dengan yakin.

  • 1 Juta+

    pelanggandi seluruh dunia

  • 15+

    tahun kepakaran

  • 110+

    negara operasi

  • 7+

    sokongan bahasa

Kejayaan anda, komitmen kami

Kami bermatlamat untuk mentakrif semula pengalaman dagangan dengan menjamin keyakinan dalam setiap transaksi di seluruh dunia. Kami merealisasikannya dengan terus menawarkan ciri yang lebih baik, lebih pintar dan eksklusif kepada para pedagang kami.

Menempa haluan

Kami beraspirasi untuk mewujudkan peluang kewangan yang mudah diakses, cekap dan menguntungkan semua pihak. Melalui pembangunan berterusan, kami berhasrat untuk menetapkan piawaian baharu yang memacu kemajuan industri dagangan dalam talian serta membantu setiap pedagang menyerlahkan potensi sebenar mereka.

Pengiktirafan global sebagai peneraju kecemerlangan

Nilai teras kami

Jiwa Perintis

Sejak penubuhannya pada tahun 2010, XMTrading telah berkembang menjadi penyedia perkhidmatan kewangan bertaraf global dan terus menjadi pemacu industri melalui pemahaman mendalam kami terhadap keperluan pedagang moden.

Inovasi sebagai Penggerak Kemajuan

Kami sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan pelbagai pelanggan, memperkukuh teknologi serta mempertingkatkan pengalaman mereka bagi memastikan perjalanan dagangan yang lancar.

Kepercayaan Tidak Berbelah-Bahagi

Setiap keputusan yang diambil adalah berteraskan ketelusan, bagi memastikan persekitaran dagangan yang adil dan boleh dipercayai untuk semua pelanggan.

Kualiti Perkhidmatan Tiada Tandingan

Kami menawarkan sokongan berbilang bahasa melalui pasukan Pengalaman Pelanggan berdedikasi yang terdiri daripada lebih 60 orang wakil, yang bersedia untuk membantu pelanggan melalui perkhidmatan live chat pada hari bekerja serta bantuan automatik segera 24/7.

Komitmen terhadap Komuniti

Kami membina hubungan yang berkekalan, bukan sekadar transaksi. Dengan berfokus kepada penciptaan nilai dan pemerkasaan pertumbuhan pelanggan, rakan niaga serta kakitangan, kami telah berkembang menjadi broker global yang unggul hari ini.

Komitmen terhadap keselamatan

Bertauliah, dikawal selia dan patuh sepenuhnya terhadap peraturan. Kami mengutamakan perlindungan aset pelanggan menerusi rangka kerja keselamatan serta pematuhan yang ketat.

FSA

Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan

Tradexfin Limited memegang Lesen Peniaga Sekuriti yang sah daripada FSA (No. SD010).

FSC

Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan

Fintrade Limited memegang Lesen Peniaga (Peniaga Perkhidmatan Penuh, Kecuali Penajajaminan) Pelaburan yang sah daripada FSC (No. GB20025835).

Kemajuan kami, kejayaan anda

Jejak kejayaan kami.

  • 2026

    Suatu pengalaman digital baharu

    Kami melancarkan laman web yang serba baharu, menawarkan pengalaman intuitif dan mesra pengguna yang direka khas mengikut keperluan pedagang.
  • 2025

    Dagangan Sosial kini tersedia

    Kami memperkenalkan Copy Trading dan Pertandingan Dagangan, memberi pedagang peluang baharu untuk terlibat, menjana pendapatan, dan menonjolkan kemahiran mereka.
  • 2024

    Ruang Keahlian berwajah baharu

    Dengan pelancaran semula Ruang Keahlian yang diperbaharui, pedagang kini menikmati pengalaman yang lebih pantas, lebih pintar, dan lebih lancar, direka khas mengikut keperluan mereka hari ini.
  • Setahun pertumbuhan luar biasa

    Lebih 9 juta akaun dibuka di peringkat global pada 2024, menandakan satu tahun pertumbuhan luar biasa serta pengukuhan kepercayaan pelanggan di seluruh dunia.
  • Pengiktirafan global diraih

    Kami telah menerima 5 anugerah berprestij, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen berterusan kami dalam mengekalkan kepercayaan, kecemerlangan perkhidmatan, dan kebolehpercayaan.

Tanggungjawab menjangkaui dagangan

Menabur bakti kepada komuniti yang membentuk kami.

Formula 1 Yuki Tsunoda with fans at Singapore activation event supporting youth mental health through art and technology.
XMTrading x Yuki Tsunoda

Pengaktifan Yuki Tsunoda – Singapura

Untuk mempromosi nilai keterangkuman dan kesejahteraan mental, kami telah menaja pengaktifan Yuki di Singapura, sebuah inisiatif penuh makna yang menggalakkan pemupukan empati serta sokongan terhadap kesihatan mental belia melalui seni dan teknologi.

XMTrading donation for Faenza, Italy flood relief highlighting corporate social responsibility.
Sumbangan XMTrading

Bantuan banjir di Faenza - Itali

Susulan banjir teruk di Emilia-Romagna, kami turut menyalurkan bantuan kepada usaha kecemasan Majlis Perbandaran Faenza pada Jun 2024. Berdiri teguh bersama komuniti yang terjejas, kami menyokong operasi pemulihan sambil menggalakkan pelanggan, rakan niaga, dan kakitangan untuk turut membantu melalui sumbangan, kesedaran, atau kerja sukarela.

Pelbagai dorongan untuk berjaya, pelbagai strategi untuk mencapainya.