
Dagangan Forex dan derivatif melibatkan risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan kerugian pada modal yang anda laburkan...
pedagang di
seluruh dunia
tahun kecemerlangan
yang terbukti
negara
operasi
sokongan
yang diiktiraf
Serendah 0 pip walaupun ketika berita tergempar.
Tiada sebut harga semula, tiada penolakan, dan gelinciran simetri.
Leveraj kompetitif, stabil, dan tersuai sehingga 1000:1.
Ciri pelaksanaan yang direka untuk merendahkan risiko stop out dalam keadaan pasaran tidak menentu.


Kumpul mata bagi setiap dagangan dan tebus untuk ganjaran sebenar.
Akses webinar, panduan, dan tutorial untuk mengasah kemahiran anda.
Mencipta profil dengan XMTrading hanya mengambil masa beberapa saat. Untuk membantu anda bermula, akaun dagangan nyata pertama anda akan dijana secara automatik sebaik sahaja profil anda dicipta. Spesifikasi lalainya adalah seperti berikut:
Anda hanya perlu mengesahkan profil untuk mengaktifkan akaun dan mula berdagang. Jika anda mahukan spesifikasi akaun yang berbeza, anda boleh membuka akaun dagangan nyata tambahan melalui Portal XMTrading atau aplikasi XMTD TraderPro selepas profil anda disahkan.
Jika anda sudah mempunyai akaun yang disahkan, anda boleh membuka akaun tambahan melalui Portal XMTrading atau aplikasi XMTD TraderPro tanpa perlu menyerahkan dokumen sekali lagi.
Bagi pelanggan baharu pula, anda boleh memuat naik dokumen untuk pengesahan melalui profil XMTrading anda, termasuk Bukti Identiti, swafoto dan Bukti Kediaman.
Untuk mengesahkan identiti dan alamat anda, sila ikuti langkah berikut:
Ambil foto Bukti Identiti anda menggunakan kamera atau muat naik salinan dokumen tersebut.
Ambil swafoto untuk melengkapkan proses pengesahan.
Muat naik Bukti Kediaman (POR) di bahagian khusus yang disediakan.
Ya, kami merupakan antara broker terkawal yang dipercayai oleh berjuta-juta pedagang di seluruh dunia. Oleh itu, bagi memastikan keselamatan wang anda, kami telah mengambil beberapa langkah khusus seperti berikut:
Pengasingan dana pelanggan: Semua dana pelanggan disimpan dalam akaun berasingan daripada dana syarikat, bagi memastikan perlindungan sekiranya berlaku kebankrapan.
Rakan kongsi perbankan bereputasi tinggi: Semua dana pelanggan dan operasi disimpan dalam akaun institusi perbankan Tier 1 yang kukuh dan dipercayai.
Penyeliaan oleh pengawal selia: Sebagai firma yang dikawal selia, kami terikat dengan keperluan ketat, termasuk penyerahan laporan kewangan secara berkala kepada Financial Services Authority Seychelles (FSA) untuk Tradexfin Limited, dan kepada Financial Services Commission of Mauritius (FSC) untuk Fintrade Limited. Selain itu, juruaudit luar yang diluluskan oleh setiap pengawal selia tempatan turut menjalankan audit tahunan terhadap penyata kewangan syarikat.
Adakah anda bersedia untuk membuka Akaun Demo atau Akaun Nyata anda?
Kami menawarkan pelbagai jenis akaun untuk memenuhi keperluan semua pedagang.
Jika anda ingin berdagang Akaun Nyata, anda boleh memilih jenis akaun seperti Standard, Micro, Zero dan KIWAMI.
Sekiranya anda ingin berdagang Akaun Demo, anda boleh memilih jenis akaun seperti Standard, Zero dan KIWAMI.
Ketahui lebih lanjut tentang akaun yang tersedia dan perbezaan antara akaun-akaun tersebut di sini.
