Mengapa cipta profil XMTrading?
Profil XMTrading anda ialah hab selamat untuk semua aktiviti dagangan. Dengan satu log masuk, anda boleh:
- • Membuka dan mengurus akaun Nyata dan Demo
- • Mengurus deposit dan pengeluaran
- • Menuntut bonus yang layak (contoh: bonus $50 tanpa deposit* selepas pengesahan, jika berkenaan)
- • Mengakses platform dagangan (MT4/MT5)
- • Menyertai Copy Trading, pertandingan Nyata dan Demo, serta banyak lagi
Manfaat sekilas pandang
- • Kawalan menyeluruh: Akaun Nyata/Demo, Pembiayaan, Bonus, Copy Trading, Pertandingan Nyata dan Demo
- Akses selamat: Pengesahan Pelbagai Faktor (MFA) dan keperluan kata laluan kukuh membantu melindungi akaun anda
- • Pendaftaran pantas: Pendaftaran dan pengesahan e-mel hanya mengambil beberapa minit
Daftar Hari Ini
Sebelum bermula (persediaan ringkas):
Untuk pendaftaran yang lancar, sediakan perkara berikut:
- • Alamat e-mel yang aktif (diperlukan untuk pengesahan e-mel)
- • Kata laluan yang kukuh (rujuk syarat kata laluan di bawah)
- • Bukti Identiti dan Bukti Kediaman anda (dokumen ini diperlukan untuk pengesahan profil)

Langkah 1: Buka akaun
- • Layari XMTrading
- • Di bahagian kanan atas, klik "Buka akaun"
Langkah ini akan membawa anda ke borang pendaftaran XMTrading.
Langkah 2: Pilih negara kediaman
- • Pilih negara kediaman semasa anda daripada menu lungsur
Langkah ini memastikan anda didaftarkan mengikut peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan di kawasan anda.
Langkah 3: Pilih entiti XMTrading berkaitan
Anda akan diberi dua pilihan entiti XMTrading yang dikawal selia. Dalam kebanyakan kes, anda boleh kekalkan pilihan lalai:
- • Tradexfin Limited – dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) Seychelles
- • Fintrade Limited – dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (FSC) Mauritius
Tip:
Jika anda tidak pasti, kekalkan sahaja entiti lalai yang dipaparkan semasa pendaftaran.
Langkah 4: Masukkan alamat e-mel anda dan cipta kata laluan yang kukuh
Di borang pendaftaran, isi:
- • Alamat e-mel: Masukkan alamat e-mel yang anda kerap semak
- • Kata laluan: Kata laluan anda mesti sepanjang 10–15 aksara dan mengandungi sekurang-kurangnya:
- - 1 nombor
- - 1 huruf kecil (a–z)
- - 1 huruf besar (A–Z)
- - 1 aksara khas (contoh: ! @ # $ % ^ & *)
Tip keselamatan:
Elakkan daripada menggunakan maklumat peribadi (nama, tarikh lahir). Jangan gunakan semula kata laluan dari halaman lain.
Langkah 5: (Opsyenal) Pilih untuk mengikuti berita dan perkembangan terkini
Anda boleh memilih untuk menerima sama ada:
- • Surat berita XMTrading
- • Makluman dagangan
- • Promosi dan tawaran istimewa
Untuk menyertai, tandakan kotak bagi membenarkan XMTrading menghantar makluman e-mel ini kepada anda. Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa.

Langkah 6: Sahkan e-mel anda
Selepas menghantar borang pendaftaran:
- 1. XMTrading akan menghantar e-mel pengesahan ke alamat yang disediakan
- 2. Buka e-mel tersebut dan klik "Sahkan e-mel" untuk mengesahkan alamat e-mel anda serta mengaktifkan akses profil anda
Jika anda tidak menerima e-mel tersebut:
- • Semak folder Spam/Junk
- • Cuba muat semula peti masuk anda selepas beberapa ketika
- • Pastikan anda masukkan alamat e-mel yang betul
Langkah 7: Selamat datang ke Ruang Keahlian
Selepas mengesahkan e-mel, anda akan dibawa ke Ruang Keahlian — papan pemuka utama anda untuk:
- • Pengurusan akaun Nyata/Demo
- • Deposit dan pengeluaran
- • Program Rujukan dan Kesetiaan
- • Promosi masa terhad
- • Copy Trading
- • Pertandingan dagangan
E-mel alu-aluan
Sejurus selepas pendaftaran, anda akan menerima e-mel alu-aluan yang mengandungi:
- • Permintaan pengesahan profil (dilengkapkan di Ruang Keahlian)
- • Maklumat mengenai bonus yang layak (jika tersedia untuk kawasan dan jenis akaun anda)
- • Anda lazimnya, diberi masa selama 30 hari selepas pendaftaran untuk menuntut bonus tanpa deposit (jika layak)
- • Butiran akaun nyata (setelah dibuka), seperti:
- - ID Akaun MT4/MT5
- - Nama pelayan
- - Jenis akaun (contoh: Standard)
- - Leveraj
- - Mata wang asas
Kata laluan anda ialah kata laluan yang dicipta semasa pendaftaran. Anda boleh menukarnya pada bila-bila masa di Ruang Keahlian.
Penting:
- • Kata laluan dan nama pelayan bersifat sensitif huruf
- • Salin dan tampal dengan tepat untuk log masuk dengan lancar
Langkah seterusnya: Sahkan profil anda
Lengkapkan pengesahan profil anda untuk mengakses semua ciri, menuntut bonus, dan mula berdagang.
Rujuk: Panduan pengesahan profil XMTrading anda
*Tertakluk T&S.