Dagangan Forex dan derivatif melibatkan risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan kerugian pada modal yang anda laburkan...

Pelajaran 5

Cara mengenal pasti trend pasaran

30/08/26
5 min

Perkara utama:

Pengenalan

Mengenal pasti trend merupakan salah satu kemahiran utama dalam analisis teknikal. Pasaran jarang bergerak secara lurus, jadi mengetahui sama ada harga sedang menaik, menurun, atau bergerak secara mendatar dapat memberikan struktur kepada analisis anda dan mengurangkan unsur andaian.

Dalam pelajaran ini, anda akan mempelajari maksud trend, cara mengenal pasti pelbagai jenis trend, serta alat yang boleh membantu anda menganalisis arah pasaran dengan lebih berkesan.

Apakah itu trend pasaran?

Trend pasaran merujuk kepada arah pergerakan secara umum dalam tempoh tertentu. Trend boleh diperhatikan pada semua jangka masa (daripada minit, jam, hari, atau bulan) dan lazimnya mudah dikenal pasti melalui carta lilin.

Tiga jenis trend utama

Trend menaik (bullish): Harga mencatat paras tinggi dan rendah yang semakin tinggi, menunjukkan pembeli menguasai pergerakan pasaran

Trend menurun (bearish): Harga mencatat paras tinggi dan rendah yang semakin rendah, menunjukkan penjual menguasai pergerakan pasaran

Trend mendatar (julat): Harga bergerak secara mendatar, antara paras tinggi dan rendah yang hampir sama. Ini menunjukkan pasaran berada dalam fasa konsolidasi, di mana tiada pihak yang menguasai pergerakan pasaran

Cara mengenal pasti trend

Trend dapat dikenal pasti melalui paras tinggi (peaks) dan paras rendah (troughs) yang berulang. Mengesan titik-titik ini membantu anda menentukan arah pasaran secara objektif.

Menggunakan struktur harga

  • Trend menaik: Harga memecah paras tinggi sebelum ini dan mengekalkan paras rendah yang lebih tinggi
  • Trend menurun: Harga gagal memecah paras tinggi dan terus membentuk paras rendah yang lebih rendah
  • Trend mendatar: Harga kekal bergerak dalam julat paras sokongan dan rintangan yang stabil

Mempelajari cara membaca corak-corak ini merupakan asas kepada analisis trend.

Menggunakan garisan trend

Garisan trend (trendline) membantu anda melihat arah pergerakan harga dengan menghubungkan paras tinggi atau rendah yang utama. Apabila harga mengikuti garisan trend beberapa kali, garisan tersebut juga boleh bertindak sebagai sokongan atau rintangan.

Saluran

Saluran (channel) mengembangkan satu garisan trend menjadi dua garisan selari yang menunjukkan arah pergerakan dan turun naik harga. Satu saluran merangkumi:

  • Garisan trend: Garisan utama yang menunjukkan arah pergerakan
  • Garisan saluran: Garisan selari pada sisi bertentangan dengan pergerakan harga

Saluran membantu anda:

  • Menonjolkan kawasan potensi pembalikan harga
  • Mengenal pasti peluang breakout (harga menembusi paras sokongan atau rintangan)
  • Menilai kekuatan trend melalui cara harga berinteraksi dengan saluran

Saluran regresi linear

Saluran regresi linear mengautomatikkan konsep saluran trend dengan mengira garisan paling sesuai berdasarkan data harga. Komponennya merangkumi:

  • Garisan regresi pusat yang menunjukkan laluan purata harga
  • Dua garisan selari (sisihan piawai) yang membentuk sempadan saluran

Pedagang menggunakannya untuk:

  • Mengurangkan kesilapan lakaran manual
  • Menunjukkan arah trend secara objektif
  • Mengenal pasti apabila harga bergerak jauh daripada puratanya

Menggunakan indikator untuk menganalisis trend

Indikator membantu pedagang menganalisis trend dengan melicinkan pergerakan harga serta menonjolkan perubahan momentum. Dua alat yang sering digunakan ialah:

Purata Pergerakan Mudah (SMA)

SMA mengira purata harga penutupan bagi bilangan tempoh tertentu.

Bagaimana pedagang menggunakannya:

  • Harga yang berada di atas SMA menunjukkan potensi trend menaik
  • Harga yang berada di bawah SMA menunjukkan potensi trend menurun
  • Persilangan SMA mungkin menandakan perubahan trend

SMA popular:

  • SMA 50 tempoh: trend jangka pendek hingga sederhana
  • SMA 200 tempoh: trend jangka panjang

Indeks Kekuatan Relatif (RSI)

RSI mengukur momentum pada skala 0–100 dan membantu mengenal pasti keadaan terlebih beli atau terlebih jual.

  • Di atas 70: Mungkin terlebih beli (trend berpotensi menjadi perlahan)
  • Di bawah 30: Mungkin terlebih jual (trend berpotensi kembali naik)

RSI berguna untuk mengenal pasti:

  • Perubahan momentum
  • Tanda awal trend melemah
  • Titik potensi pembalikan trend

Menggabungkan SMA dan RSI

Menggunakan kedua-dua indikator ini secara serentak membantu mengesahkan trend dengan lebih tepat:

  • SMA menunjukkan arah trend
  • RSI membantu menilai kekuatan atau kelemahan trend

Gabungan ini merupakan antara yang paling popular digunakan, dan boleh membantu anda mengelakkan dagangan ketika trend melemah atau kehilangan kekuatan.

Sokongan dan rintangan dalam analisis trend

Paras sokongan dan rintangan ialah garisan imaginari pada carta yang menunjukkan paras harga yang pernah memberi reaksi kuat sebelum ini.

Sokongan: Paras di mana harga mungkin berhenti menurun, menghalang penurunan lanjut, dan pembeli mula masuk

Rintangan: Paras di mana harga mungkin berhenti menaik, menghalang kenaikan lanjut, dan penjual mula masuk

Bagaimana ia membantu dalam analisis trend:

  • Mengesahkan kesinambungan trend
  • Menonjolkan kawasan potensi pembalikan harga
  • Memberi titik rujukan untuk kemasukan, keluar, dan penetapan paras henti rugi (stop loss)

Bagaimana untuk berdagang mengikut trend

Berdagang mengikut trend membantu dalam mengurangkan risiko daripada pergerakan harga yang tidak dijangka. Berikut adalah cara menyelaraskan strategi anda:

Titik masuk

  • Trend menaik: Masuk semasa harga berundur ke arah sokongan garisan trend
  • Trend menurun: Masuk semasa harga menguji semula rintangan atau garisan trend

Titik keluar

  • Ambil untung (take profit): Di paras sokongan atau rintangan utama
  • Henti rugi (stop loss): Di bawah paras swing rendah terdahulu semasa trend menaik, atau di atas swing tinggi terdahulu semasa trend menurun
  • Trend melemah: Apabila harga tidak lagi membentuk paras tinggi lebih tinggi yang atau paras rendah yang lebih rendah

Satu peraturan mudah yang boleh diikuti ialah berdagang mengikut trend, bukan menentangnya. Menyelaraskan titik masuk, titik keluar, dan pengurusan risiko dengan arah pasaran membantu dalam mencapai hasil yang lebih konsisten.

Kesimpulan

Mengenal pasti trend merupakan kemahiran asas dalam analisis teknikal. Dengan memahami pelbagai jenis trend pasaran serta menggunakan alat seperti garisan trend, saluran, SMA dan RSI, anda boleh menjangka tingkah laku pasaran dengan lebih baik dan membuat keputusan dagangan yang lebih termaklum.

Setelah menguasai asas-asas ini, anda kini bersedia untuk meneruskan pembelajaran ke pelajaran seterusnya mengenai paras sokongan dan rintangan.


Dagang Lebih Pantas
Rakan Rasmi Pasukan F1 Visa Cash App Racing Bulls
xm-logo-white

XMTrading ialah broker dalam talian terkemuka, menawarkan dagangan Forex dan Derivatif kepada lebih 1 juta pengguna di seluruh dunia.

instagramInstagramtwitterX (dahulu dikenali sebagai Twitter)youtubeYouTube

Aplikasi XMTD TraderPro