Dagangan Forex dan derivatif melibatkan risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan kerugian pada modal yang anda laburkan...

Pelajaran 3

Apakah itu Ekuiti dalam dagangan?

5/08/26
5 min

Perkara utama:

Pengenalan

Ekuiti ialah antara angka paling penting dalam akaun dagangan anda. Ia mewakili jumlah nilai akaun anda pada bila-bila masa, termasuk keuntungan atau kerugian daripada dagangan terbuka. Apabila harga bergerak, ekuiti akan berubah dan secara langsung mempengaruhi paras margin, margin bebas, serta kemampuan anda untuk mengurus posisi.

Dalam pelajaran ini, anda akan mempelajari maksud ekuiti, perbezaannya dengan baki, dan bagaimana ia boleh mempengaruhi keputusan dagangan anda dalam pasaran berleveraj. Memahami asas-asas ini akan membantu anda kekal tenang dan mengurus risiko dengan lebih bijak.

Apakah itu ekuiti?

Ekuiti ialah nilai akaun anda secara masa nyata. Ia dikemas kini secara berterusan apabila dagangan terbuka anda menjana keuntungan atau kerugian. Jika dagangan anda bergerak mengikut arah yang menguntungkan, ekuiti akan meningkat; jika bergerak bertentangan, ia akan menurun. Oleh itu, ramai pedagang lebih bergantung pada ekuiti berbanding baki.

Cara mengira ekuiti

Anda boleh mengira ekuiti menggunakan formula asas berikut:

Ekuiti = Baki + Keuntungan/Kerugian Terapung

Keuntungan/kerugian (P/L) terapung, juga dikenali sebagai keuntungan/kerugian belum terealisasi, ialah jumlah nilai posisi terbuka berdasarkan harga pasaran semasa.

Sebagai contoh:

  • Baki akaun: $1,000
  • P/L terapung: -$50

Ekuiti = $1,000 + (-$50) = $950

Jika P/L terapung anda meningkat kepada +$100, ekuiti anda akan menjadi $1,100.

Perbezaan Ekuiti dan Baki

Pemula sering keliru antara ekuiti dan baki. Oleh itu, adalah penting untuk memahami perbezaan utama di antara keduanya:

Baki

  • Menunjukkan hanya hasil yang telah selesai
  • Nilainya tidak berubah kecuali anda menutup dagangan, membuat deposit, atau mengeluarkan dana
  • Kekal stabil selagi dagangan sedang berjalan

Ekuiti

  • Termasuk prestasi dagangan terbuka
  • Berubah setiap saat mengikut harga pasaran
  • Menentukan paras margin dan margin bebas anda

Baki mencerminkan nilai akhir akaun anda, manakala ekuiti memperlihatkan status akaun anda secara masa nyata, termasuk dagangan terbuka. Membezakan dan memantau kedua-duanya membantu anda membuat keputusan dagangan yang lebih bijak serta mengurus pendedahan risiko dengan lebih berkesan.

Kepentingan ekuiti

Ekuiti mempengaruhi beberapa metrik utama dalam dagangan berleveraj:

  • Paras margin: Ia dikira berdasarkan ekuiti. Apabila ekuiti menurun, paras margin turut menurun dan mungkin mencetuskan panggilan margin atau stop out
  • Margin bebas: Ekuiti tersedia yang boleh digunakan untuk membuka posisi baharu atau menampung kerugian, dikira sebagai Ekuiti − Margin
  • Pendedahan risiko: Ekuiti mencerminkan berapa banyak modal anda boleh menampung pergerakan harga semasa. Memantau ekuiti membantu anda melaraskan saiz dagangan dan mengurus risiko dengan lebih bijak

Peranan ekuiti dalam panggilan margin dan stop out

Walaupun panggilan margin dan stop out bergantung pada paras margin, ekuiti memainkan peranan utama kerana ia berubah secara berterusan mengikut harga pasaran.

Panggilan margin

Panggilan margin berlaku apabila ekuiti jatuh hampir ke paras margin penyelenggaraan yang diperlukan untuk dagangan terbuka anda. Untuk memulihkan paras margin, anda boleh:

  • Tambah dana
  • Kurangkan pendedahan anda
  • Tutup beberapa dagangan

Stop out

Jika ekuiti jatuh di bawah paras yang ditetapkan, platform akan menutup dagangan anda secara automatik bagi mengelakkan akaun anda menjadi negatif.

Berikut ialah peraturan utama yang boleh anda ikuti: apabila ekuiti menurun, risiko meningkat. Begitu juga, apabila ekuiti meningkat, fleksibiliti dagangan bertambah.

Cara memantau ekuiti dengan berkesan

1. Semak ekuiti secara masa nyata semasa pasaran tidak menentu: Harga bergerak pantas semasa siaran berita, menyebabkan ekuiti turun naik

2. Jejaki P/L terapung: Ia merupakan faktor utama yang mempengaruhi perubahan ekuiti

3. Gunakan saiz dagangan yang sesuai: Dagangan terlalu besar boleh menurunkan ekuiti dengan cepat walaupun pergerakan pasaran kecil

4. Elakkan penggunaan leveraj berlebihan: Leveraj tinggi mempercepat perubahan ekuiti

5. Gunakan pesanan henti rugi: Ia membantu mengelakkan kejatuhan ekuiti yang besar dan tidak dijangka

6. Pastikan terdapat margin bebas sebagai penampan: Penampan keselamatan ini melindungi ekuiti semasa turun naik harga yang mendadak

Kesalahan lazim pedagang dalam pengurusan ekuiti

  • Menumpukan perhatian hanya pada baki: Ramai pemula mengabaikan ekuiti dan menganggap baki mewakili modal tersedia. Ini boleh menyebabkan saiz dagangan terlalu besar dan penurunan ekuiti yang lebih cepat
  • Keliru antara ekuiti dan margin bebas: Ekuiti merangkumi P/L terapung; margin bebas menunjukkan berapa banyak ekuiti yang boleh digunakan
  • Mengabaikan ekuiti semasa dagangan aktif: Pergerakan pasaran yang mendadak boleh menyebabkan ekuiti menurun lebih cepat daripada yang dijangka
  • Bergantung pada leveraj tinggi: Leveraj tinggi membesarkan P/L terapung, yang memberi kesan besar kepada ekuiti

Elakkan kesilapan lazim dengan:

  • Memahami dengan jelas perbezaan antara ekuiti, baki, dan margin bebas. Pantau ketiga-tiganya semasa berdagang
  • Sentiasa berada di hadapan dan kekal termaklum mengenai acara ekonomi dan siaran data yang berpotensi menyebabkan turun naik pasaran secara mendadak
  • Memahami kompleksiti leveraj dan bagaimana ia boleh menjejaskan ekuiti serta keseluruhan aktiviti dagangan anda

Kesimpulan

Ekuiti ialah komponen utama dalam akaun dagangan anda dan petunjuk penting tahap risiko keseluruhan. Ia mencerminkan nilai akaun secara masa nyata, termasuk keuntungan dan kerugian terapung, serta memainkan peranan penting dalam margin, margin bebas, dan paras margin.

Dengan memahami cara ekuiti berfungsi, perbezaannya dengan baki, dan bagaimana ia berubah semasa dagangan terbuka, anda boleh mengurus dagangan dengan lebih yakin. Pantau ekuiti secara berkala, gunakan alat pengurusan risiko yang sesuai, dan elakkan leveraj penggunaan berlebihan untuk mengekalkan pendekatan dagangan yang lebih sihat dan terkawal.


Dagang Lebih Pantas
Rakan Rasmi Pasukan F1 Visa Cash App Racing Bulls
xm-logo-white

XMTrading ialah broker dalam talian terkemuka, menawarkan dagangan Forex dan Derivatif kepada lebih 1 juta pengguna di seluruh dunia.

instagramInstagramtwitterX (dahulu dikenali sebagai Twitter)youtubeYouTube

Aplikasi XMTD TraderPro